Saturday, 7 May 2011

♥☺♥ Kasihmu Tiada Pengganti ♥☺♥


SELAMAT HARI IBU buat semua wanita yang bergelar ibu terutamanya buat ibuku yang ku panggil mama - Puan Faoziah Haji Idris..

kasih sayangmu tiada pengganti..hanya kau yang satu..tiada dua atau tiga..sayang mama hingga ke akhir nyawa..terima kasih kerana melahirkan..membesarkan dan mendidik diri ini..

MYDIN punya cerita...

mydin hq

hari ni aku nak bercerita tentang kisah ataupun hari semalam..dah 4 hari aku bekerja kat mydin mohamed holdings berhad bawah MyMYDIN HQ..oleh kerana aku masih baru lagi kat sana..jadi tak ada kerja yang boleh aku buat memandangkan dah ada orang dah siapkan semua kerja..orang tu member baru aku..adi budiman..dia sementara je kat situ sebab head of department aku - encik redzuan (en.wan) minta tolong dia..lepas ni dia balik ke tempat asal dia iaitu department audit..


hari pertama aku kena laporkan diri dah dapat berita yang hujung minggu terpaksa bekerja..siapkan PODS..korang tau tak tau apa tu PODS..mula² aku pun tak tau apa tu PODS..sekarang baru tau..'purchase order delivery slip'..sir ahimmat orang kuat mydin yang suruh datang bekerja hujung minggu..dia kata tak banyak sambil tunjuk sehelai kertas A4 dan cakap senang..dia kata siapkan hari sabtu..kalau tak siap..hari ahad kena datang dan sambung bagi siap..oklah kalau dah sehelai kertas je..aku rasa memang boleh siap kalau sehari dengan tenaga kerja yang ada..


jadi..pagi semalam pergilah kerja macam biasa..pukul 7 pagi dah bertolak dari bangi..pukul 8 pagi dah sampai subang jaya..aku terus pergi MyMYDIN warehouse sebab semua staf MyMYDIN HQ kena buat kerja kat sana..rupanya sehelai kertas yang sir ahimmat tunjuk tu bukan kerjanya..ada 7000 PODS yang nak kena siapkan..itu kerja 7 hari yang dah pending..setiap hari akan ada PODS yang akan sampai..target nak siapkan semalam 3000 tapi sampai 8 malam hanya 800 je yang berjaya disiapkan..memang 'sakit' betul lah..kalau aku tau MYDIN ni macam ni..tak rela aku kerja kat situ..ni semua gara² team inventori lari..mula² anak buah team tu je yang lari..lepas tu dalam masa 24 jam ketua team inventori pun lari..aku pun tak tau apa masalah yang sebenarnya..menyusahkan orang betul..bukan semua orang pandai buat  PODS..orang yang tak buat PODS tu terpaksa susun² dan 'staple'kan invoice, PO, DS dengan GRR..termasuklah aku yang tak pandai nak buat PODS..


walaupun encik farid pegawai kat situ dah janji nak belanja makan tengah hari hari ni..aku tak kisah..aku bengang betul pasal semalam..dahlah dapat 'group' macam apa lagi..bila orang nak tolong tak nak bagi kerja..lantak koranglah..aku pun tolong 'group' lain..letih betul kerja semalam..rasa nak tercabut pinggang aku..balik  tu rasa nak demam..sebelum balik rumah..aku singgah klinik amek ubat dan surat mc..sampai rumah aku tengok kat surat mc tu budak klinik tu salah tulis tarikh aku nak cuti..bengong! memang jap lagi aku minta surat mc yang baru lah..bodohlah staf kat sana..pekerja banyak tapi kerja lambat..kalau tak tau bukan nak tanya..main tulis..bikin panas betul..


hari ni tak tau lah diorang dapat siapkan kerja sampai pukul berapa..susah tu nak siapkan dalam sehari..apa pun selamat berusaha dan semoga berjaya kepada diorang..aku mc hari ni..eheee..kebetulan..mujur aku tak pitam semalam..aku pun tak tau berapa lama aku dapat  bertahan dengan mydin mohamed holdings berhad ni..dahlah aku tak dapat gaji lebih masa (OT) sebab aku staf eksekutif..haih..

Thursday, 5 May 2011

Chomei chomei chomei...☺☻☺

anak saudara aku

chomei tak? heh..
si kecil ni anak saudara aku seperti mana yang anda telah sedia maklum dengan 'caption' dibawah gambar..hehe..


anak saudara kesayangan!

nama si comel ni nur dini diyana binti rais..
anak saudara aku yang paling chomei..putih gebu dan macam barbie doll..
aliff selalu kena 'kenenkan' dengan dini..cute je..hahah!
kalau ada jodoh..tak ke mana kan? kalau jadi..pun bagus juga..


nakal! ...aliff dan dini so sweet ~


Tuesday, 3 May 2011

Kesukaan Aliff...

walaupun baru berusia 1 tahun 5 bulan..lagak aliff macam orang dewasa..☺ sume barang orang dewasa dia nak dan dia tahu kalau barang tu barang betul ataupun barang tipu..contohnya 'handphone'..dia tahu 'handphone' betul dan yang mainan..hehhh..mainan budak² pun dia tak layan..bijak²..baru² ni balik kampung mama (kedah) dapat rakam sedikit sebanyak aksi atau gelagat comel aliff..sayang dia sangat! muachsss..~


baru bangun daripada tidur..dah tengok tv..

suka aliff dapat 'lappy'

wahhh..bergayanya! ☺

nak sikit boleh?!

kanak² ribena

Thursday, 28 April 2011

Dalam Kenangan - GITs

pejam celik pejam celik dah 2 bulan lebih kerja di global it services sdn bhd dan kini hanya tinggal kenangan terindah..pengalaman bekerja di global it services sdn bhd selama 2 bulan akan aku gunakan untuk masa² yang datang kerana ini lah pengalaman pertama aku bekerja..

warga global it services & real data matrix
terima kasih kepada semua warga global it services sdn bhd dan real data matrix terutamanya kepada dato' raja malik dan en.othman kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman bekerja..tidak lupa juga kepada 'supervisor' semasa bekerja di global it services sdn bhd - kak dayang..terima kasih banyak² diatas tunjuk ajar dalam menjalankan tugas dan selalu bawa pergi makan tengah hari kat luar..terima kasih juga buat baby - kawan rapat masa kat global it services sdn bhd dan kak ana kerana banyak bagi nasihat dan memahami aku..


'supervisor'ku kak dayang

kak ana, baby, aku & kak lieza


☺☻☺☻..terima kasih sekali lagi diatas segala jasa baik dan kenangan² semasa di global it services sdn bhd..☺☻☺☻


'orang kuat' global it services' sdn bhd - en.othman, dato' raja malik & dr.rashid

Wednesday, 27 April 2011

♥ Mengapa Wanita Sangat Istiemewa? ♥

Mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.."I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah..."
Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas.leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap..
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi..check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air..sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong..salin la gula..check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi..ishhh..ni lauk bila ni, semalam..dah beku dah..basuh la kejap..pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh..penat dah ni, esok je la basuh..
tik..bunyi air dah masak..salin air dalam flusk..ok settle..

Baru teringat tak sembahyang lagi..on the way nak perg bilik, papa tengok tv lagi..nampak pula beg anak untuk hantar ke taska..check..baju 2 pasang, towel..towel kecil untuk selsema..calamine lotion untuk sapu ruam..pampers 4 keping..alamak..terlupa pula masukkan botol..basuh botol jap..ok settle..

Ternampak pula beg pergi kerja..ermmm..esok nak pakai beg polo coklat lah, asyik² pakai beg hitam ni je..salin kejap barang² pergi beg coklat..check semua 6 poket beg, takut la tertinggal apa²..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti..hishhh sempit la beg ni..hangin je..nak kena beli ni beg baru..rasanya 25 hb ni Sogo sale nih..mana flyers tadi ek..ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle..

Tetiba dengar suara papa "U buat apa lagi tu..tadi kata nak tidur?"...."Yelah nak tidur la ni..nak sembahyang jap.."

Masuk toilet..buat apa² yang patut..cuci muka dulu..2 jenis lak tu..adoi..gosok gigi..sembahyang..pakai toner..pakai treatment cream..nak lawa and maintain punya pasal lah ni..
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak..hu³..

Buka almari..ermmm..pakai baju hijau ni lah esok..gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok juga ni..kat bilik belakang..
la..kenapa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah..ishhh..pergi dapur, basuh, sambung gosok baju..gantung elok²...kemaskan baju gantung²..masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor..ok settle..

Dengar suara papa lagi "I dah ngantuk ni.." ...dalam pada nak masuk ke bilik..owh..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram..ok, siram jap..check kejap pintu ni..sah tak kunci lagi..grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang² je mat indon masuk rompak umah aku..buka lampu luar..

 Ni mainan ni sepah²..masukkan la dalam bakul mainan budak ni..banyaknya..sampai bawah meja makan pun ada..adoi..ok dah..

Ok dah boleh baring..adoi sakitnya pinggang..cium si comel ni kejap..selimutkan dia..laaa..kenapa basah ni..ermmm, tukar la pempers ni..tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la..nanti perg Sogo 25hb ni beli la sekali..ok sayang tido k..kalau boleh jangan la bangun tenggh malam ni eh..tidur sampai pagi k...gudnite..sweet dreams..

Aaahh..sedapnya dapat baring..mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia..sambil sapu lotion kurus..setkan alarm..setkan program kerja besok..pagi kul 9.30 ade meeting..
ahh..boring..panas pula lotion nih..dah la..emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah..terima kasih untuk rezekiMu hari ini..mohon keberkatan dariMu tuhan..papa pun bangun tutup tv.."I dah mengantuk sangat ni..nak tidur lah..citer pun tak best malam ni, bola pun tak ada.."..selang seminit..dengar suara papa berkeruh..dah agak dah...

So? Apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADA BANYAK KERJA NAK KENA BUAT... Tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
 
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah..setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka tersendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini...hormat dah hargailah mereka untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...





10 Benda Lelaki Cakap...



1. Kalau lelaki kata: Oklah awak, kita sembang lain kali yek..
   Maknanya: Memang kami busy pun..tak ada nak kias apa-apa..

2. Kalau lelaki kata: Tak apa, saya tak kisah.
   Maknanya: Memang kami tak kisah pun sebenarnya..tak ada nak perli or sinis-sinis..

3. Kalau lelaki kata: Kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: Sebab lama sangat berkawan..dah terbiase..so, tak boleh nak develope feeling more than a friend..tak ada sebab lain..masa nak dulu, korang yag jual mahal siapa suruh kan..sorry la ye..

4. Kalau lelaki kata: Eh..u call ekk? Sorry..tertidur tadi..
   Maknanya: Ye, memang kami tidur pun..

5. Kalau lelaki kata: Lain kali jelah kita keluar, I busy la sekarang ni...nanti i free i call u, ok?
   Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh..tolong la faham..jangan la fikir negatif sangat..apa pun yang kami buat untuk future..

6. Kalau lelaki kata: I sebenarnya tak la memilih sangat..
   Maknanya: Memang kami tak memilih pun..kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je..tak semestinya kena lawa..

7. Kalau lelaki kata: I tak kisah penampilan u macamana pun..
   Maknanya: Jangan la mekap sangat..penat tunggu..

8. Kalau lelaki kata: Lain kali kita keluar lagi ekk? I kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: Memang lepas ni I nak lg keluar dengan u..

9. Kalau lelaki kata: Saya suka perempuan yg macam ni..macam tu..bla..bla..bla..
   Maknanya: Saya tipu je..saya tak kisah pun..lelaki tak detail nak pilih..apa² pon..aja nak bagi merajuk sebab awak comel bila merajuk..

10.Kalau lelaki kata: U keje kat mana? As what?
  Maknanya: Minta² la kerja biasa² je..kalau kerja besar..taste pun besar.hantaran besar..demand mesti tinggi..nak jaga standard la kata kan..