Saturday, 7 May 2011

♥☺♥ Kasihmu Tiada Pengganti ♥☺♥


SELAMAT HARI IBU buat semua wanita yang bergelar ibu terutamanya buat ibuku yang ku panggil mama - Puan Faoziah Haji Idris..

kasih sayangmu tiada pengganti..hanya kau yang satu..tiada dua atau tiga..sayang mama hingga ke akhir nyawa..terima kasih kerana melahirkan..membesarkan dan mendidik diri ini..

MYDIN punya cerita...

mydin hq

hari ni aku nak bercerita tentang kisah ataupun hari semalam..dah 4 hari aku bekerja kat mydin mohamed holdings berhad bawah MyMYDIN HQ..oleh kerana aku masih baru lagi kat sana..jadi tak ada kerja yang boleh aku buat memandangkan dah ada orang dah siapkan semua kerja..orang tu member baru aku..adi budiman..dia sementara je kat situ sebab head of department aku - encik redzuan (en.wan) minta tolong dia..lepas ni dia balik ke tempat asal dia iaitu department audit..


hari pertama aku kena laporkan diri dah dapat berita yang hujung minggu terpaksa bekerja..siapkan PODS..korang tau tak tau apa tu PODS..mula² aku pun tak tau apa tu PODS..sekarang baru tau..'purchase order delivery slip'..sir ahimmat orang kuat mydin yang suruh datang bekerja hujung minggu..dia kata tak banyak sambil tunjuk sehelai kertas A4 dan cakap senang..dia kata siapkan hari sabtu..kalau tak siap..hari ahad kena datang dan sambung bagi siap..oklah kalau dah sehelai kertas je..aku rasa memang boleh siap kalau sehari dengan tenaga kerja yang ada..


jadi..pagi semalam pergilah kerja macam biasa..pukul 7 pagi dah bertolak dari bangi..pukul 8 pagi dah sampai subang jaya..aku terus pergi MyMYDIN warehouse sebab semua staf MyMYDIN HQ kena buat kerja kat sana..rupanya sehelai kertas yang sir ahimmat tunjuk tu bukan kerjanya..ada 7000 PODS yang nak kena siapkan..itu kerja 7 hari yang dah pending..setiap hari akan ada PODS yang akan sampai..target nak siapkan semalam 3000 tapi sampai 8 malam hanya 800 je yang berjaya disiapkan..memang 'sakit' betul lah..kalau aku tau MYDIN ni macam ni..tak rela aku kerja kat situ..ni semua gara² team inventori lari..mula² anak buah team tu je yang lari..lepas tu dalam masa 24 jam ketua team inventori pun lari..aku pun tak tau apa masalah yang sebenarnya..menyusahkan orang betul..bukan semua orang pandai buat  PODS..orang yang tak buat PODS tu terpaksa susun² dan 'staple'kan invoice, PO, DS dengan GRR..termasuklah aku yang tak pandai nak buat PODS..


walaupun encik farid pegawai kat situ dah janji nak belanja makan tengah hari hari ni..aku tak kisah..aku bengang betul pasal semalam..dahlah dapat 'group' macam apa lagi..bila orang nak tolong tak nak bagi kerja..lantak koranglah..aku pun tolong 'group' lain..letih betul kerja semalam..rasa nak tercabut pinggang aku..balik  tu rasa nak demam..sebelum balik rumah..aku singgah klinik amek ubat dan surat mc..sampai rumah aku tengok kat surat mc tu budak klinik tu salah tulis tarikh aku nak cuti..bengong! memang jap lagi aku minta surat mc yang baru lah..bodohlah staf kat sana..pekerja banyak tapi kerja lambat..kalau tak tau bukan nak tanya..main tulis..bikin panas betul..


hari ni tak tau lah diorang dapat siapkan kerja sampai pukul berapa..susah tu nak siapkan dalam sehari..apa pun selamat berusaha dan semoga berjaya kepada diorang..aku mc hari ni..eheee..kebetulan..mujur aku tak pitam semalam..aku pun tak tau berapa lama aku dapat  bertahan dengan mydin mohamed holdings berhad ni..dahlah aku tak dapat gaji lebih masa (OT) sebab aku staf eksekutif..haih..

Thursday, 5 May 2011

Chomei chomei chomei...☺☻☺

anak saudara aku

chomei tak? heh..
si kecil ni anak saudara aku seperti mana yang anda telah sedia maklum dengan 'caption' dibawah gambar..hehe..


anak saudara kesayangan!

nama si comel ni nur dini diyana binti rais..
anak saudara aku yang paling chomei..putih gebu dan macam barbie doll..
aliff selalu kena 'kenenkan' dengan dini..cute je..hahah!
kalau ada jodoh..tak ke mana kan? kalau jadi..pun bagus juga..


nakal! ...aliff dan dini so sweet ~


Tuesday, 3 May 2011

Kesukaan Aliff...

walaupun baru berusia 1 tahun 5 bulan..lagak aliff macam orang dewasa..☺ sume barang orang dewasa dia nak dan dia tahu kalau barang tu barang betul ataupun barang tipu..contohnya 'handphone'..dia tahu 'handphone' betul dan yang mainan..hehhh..mainan budak² pun dia tak layan..bijak²..baru² ni balik kampung mama (kedah) dapat rakam sedikit sebanyak aksi atau gelagat comel aliff..sayang dia sangat! muachsss..~


baru bangun daripada tidur..dah tengok tv..

suka aliff dapat 'lappy'

wahhh..bergayanya! ☺

nak sikit boleh?!

kanak² ribena

Thursday, 28 April 2011

Dalam Kenangan - GITs

pejam celik pejam celik dah 2 bulan lebih kerja di global it services sdn bhd dan kini hanya tinggal kenangan terindah..pengalaman bekerja di global it services sdn bhd selama 2 bulan akan aku gunakan untuk masa² yang datang kerana ini lah pengalaman pertama aku bekerja..

warga global it services & real data matrix
terima kasih kepada semua warga global it services sdn bhd dan real data matrix terutamanya kepada dato' raja malik dan en.othman kerana memberi peluang untuk menimba pengalaman bekerja..tidak lupa juga kepada 'supervisor' semasa bekerja di global it services sdn bhd - kak dayang..terima kasih banyak² diatas tunjuk ajar dalam menjalankan tugas dan selalu bawa pergi makan tengah hari kat luar..terima kasih juga buat baby - kawan rapat masa kat global it services sdn bhd dan kak ana kerana banyak bagi nasihat dan memahami aku..


'supervisor'ku kak dayang

kak ana, baby, aku & kak lieza


☺☻☺☻..terima kasih sekali lagi diatas segala jasa baik dan kenangan² semasa di global it services sdn bhd..☺☻☺☻


'orang kuat' global it services' sdn bhd - en.othman, dato' raja malik & dr.rashid

Wednesday, 27 April 2011

♥ Mengapa Wanita Sangat Istiemewa? ♥

Mama dan papa sedang menonton TV, seraya mama berkata.."I letih la..dah lewat ni, I nak tido lah..."
Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas.leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap..
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi..check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air..sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong..salin la gula..check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi..ishhh..ni lauk bila ni, semalam..dah beku dah..basuh la kejap..pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh..penat dah ni, esok je la basuh..
tik..bunyi air dah masak..salin air dalam flusk..ok settle..

Baru teringat tak sembahyang lagi..on the way nak perg bilik, papa tengok tv lagi..nampak pula beg anak untuk hantar ke taska..check..baju 2 pasang, towel..towel kecil untuk selsema..calamine lotion untuk sapu ruam..pampers 4 keping..alamak..terlupa pula masukkan botol..basuh botol jap..ok settle..

Ternampak pula beg pergi kerja..ermmm..esok nak pakai beg polo coklat lah, asyik² pakai beg hitam ni je..salin kejap barang² pergi beg coklat..check semua 6 poket beg, takut la tertinggal apa²..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti..hishhh sempit la beg ni..hangin je..nak kena beli ni beg baru..rasanya 25 hb ni Sogo sale nih..mana flyers tadi ek..ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle..

Tetiba dengar suara papa "U buat apa lagi tu..tadi kata nak tidur?"...."Yelah nak tidur la ni..nak sembahyang jap.."

Masuk toilet..buat apa² yang patut..cuci muka dulu..2 jenis lak tu..adoi..gosok gigi..sembahyang..pakai toner..pakai treatment cream..nak lawa and maintain punya pasal lah ni..
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak..hu³..

Buka almari..ermmm..pakai baju hijau ni lah esok..gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok juga ni..kat bilik belakang..
la..kenapa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah..ishhh..pergi dapur, basuh, sambung gosok baju..gantung elok²...kemaskan baju gantung²..masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor..ok settle..

Dengar suara papa lagi "I dah ngantuk ni.." ...dalam pada nak masuk ke bilik..owh..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram..ok, siram jap..check kejap pintu ni..sah tak kunci lagi..grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang² je mat indon masuk rompak umah aku..buka lampu luar..

 Ni mainan ni sepah²..masukkan la dalam bakul mainan budak ni..banyaknya..sampai bawah meja makan pun ada..adoi..ok dah..

Ok dah boleh baring..adoi sakitnya pinggang..cium si comel ni kejap..selimutkan dia..laaa..kenapa basah ni..ermmm, tukar la pempers ni..tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la..nanti perg Sogo 25hb ni beli la sekali..ok sayang tido k..kalau boleh jangan la bangun tenggh malam ni eh..tidur sampai pagi k...gudnite..sweet dreams..

Aaahh..sedapnya dapat baring..mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia..sambil sapu lotion kurus..setkan alarm..setkan program kerja besok..pagi kul 9.30 ade meeting..
ahh..boring..panas pula lotion nih..dah la..emm..sedapnya lelapkan mata..Ya Allah..terima kasih untuk rezekiMu hari ini..mohon keberkatan dariMu tuhan..papa pun bangun tutup tv.."I dah mengantuk sangat ni..nak tidur lah..citer pun tak best malam ni, bola pun tak ada.."..selang seminit..dengar suara papa berkeruh..dah agak dah...

So? Apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADA BANYAK KERJA NAK KENA BUAT... Tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
 
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah..setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka tersendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini...hormat dah hargailah mereka untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...





10 Benda Lelaki Cakap...



1. Kalau lelaki kata: Oklah awak, kita sembang lain kali yek..
   Maknanya: Memang kami busy pun..tak ada nak kias apa-apa..

2. Kalau lelaki kata: Tak apa, saya tak kisah.
   Maknanya: Memang kami tak kisah pun sebenarnya..tak ada nak perli or sinis-sinis..

3. Kalau lelaki kata: Kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je. 
   Maknanya: Sebab lama sangat berkawan..dah terbiase..so, tak boleh nak develope feeling more than a friend..tak ada sebab lain..masa nak dulu, korang yag jual mahal siapa suruh kan..sorry la ye..

4. Kalau lelaki kata: Eh..u call ekk? Sorry..tertidur tadi..
   Maknanya: Ye, memang kami tidur pun..

5. Kalau lelaki kata: Lain kali jelah kita keluar, I busy la sekarang ni...nanti i free i call u, ok?
   Maknanya: Kami ada banyak kerja yang tertangguh..tolong la faham..jangan la fikir negatif sangat..apa pun yang kami buat untuk future..

6. Kalau lelaki kata: I sebenarnya tak la memilih sangat..
   Maknanya: Memang kami tak memilih pun..kami pilih perempuan yg sedap mata kami memandang je..tak semestinya kena lawa..

7. Kalau lelaki kata: I tak kisah penampilan u macamana pun..
   Maknanya: Jangan la mekap sangat..penat tunggu..

8. Kalau lelaki kata: Lain kali kita keluar lagi ekk? I kena balik cepat la...ada hal..
   Maknanya: Memang lepas ni I nak lg keluar dengan u..

9. Kalau lelaki kata: Saya suka perempuan yg macam ni..macam tu..bla..bla..bla..
   Maknanya: Saya tipu je..saya tak kisah pun..lelaki tak detail nak pilih..apa² pon..aja nak bagi merajuk sebab awak comel bila merajuk..

10.Kalau lelaki kata: U keje kat mana? As what?
  Maknanya: Minta² la kerja biasa² je..kalau kerja besar..taste pun besar.hantaran besar..demand mesti tinggi..nak jaga standard la kata kan..



♫..Bila Aku Sudah Tiada..♫


BILA AKU SUDAH TIADA


Bila, aku sudah tiada
Simpan semua laguku
Jangan di tangis selalu
Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Akulah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya

Gadget Pertamaku

nikon L120


ni gadget pertamaku yang aku beli dengan pengalaman dan gaji pertama aku..mula tu ingat nak beli kamera dlsr..rasa macam nanti lah dulu bila dah kerja tetap baru beli sebab bila fikir balik ada banyak lagi keperluan lain daripada kehendak..kira dapat beli sesuatu dengan duit sendiri pun dah kira baik..sesuatu yang aku suka..puas hati dapat beli kamera walaupun bukan kamera dlsr..



Tuesday, 26 April 2011

KEDAH...! Here I Come...☺☻☺

peta kedah


"mai cek oi mai cek mai..kita ke negeghi Kedah..mai oi bagi ghamai..jamu nasik kawah"

permandangan sawah padi


bila dengar je lagu "mai cek oi mai cek mai" terus teringat nak balik kedah..dah lama aku tak balik kedah..kampung halaman dan tempat aku dilahirkan..huhuhu..! rindu gila dengan kampung halaman aku..raya haji baru² ni pun aku tak dapat balik kedah dan paling sedihnya terpaksa sambut raya haji kat bangi sorang²..gara² tak dapat cuti masa aku tengah praktikal.. apapun..nasib baiklah aku masih boleh cakap bahasa kedah lagi..kalau tak praktikkan..maunya lama² nanti aku tak boleh berbahasa kedah..sekarang pun dah rasa kurang kepelatan berbahasa kedah..kalau dah tak pandai atau tak boleh cakap kedah..nanti hilanglah gelaran anak jati kedah..ehehhh..

balik kedah nanti makanan yang pasti kena makan atau 'pekena' ialah :

laksa kedah


cendol

"balik kampung..ohohooo..balik kampung..hati girang..! perjalanan jauh tak ku rasa..kerna hati melonjak sama..ingin berjumpa sanak saudara yang selalu bermain di mata.."


↔ Bila Mood KEBOSANAN Melanda Diri ↔

• antara aktiviti² yang akan aku lakukan bila tibanya mood bosan dan website yang pasti dilayari: .......•


'muka buku' - 'keep in touch' dengan ahli keluarga dan kawan²

yahoo messenger (ym) - masuk chatroom kalau dah teramat bosan..!

blackberry messenger - chat bila malas nak mengadap laptop

blog - tempat nak bercerita atau apa²pun boleh asalkan bahagia!


Monday, 25 April 2011

Dari Pandan Jaya ke Subang Jaya...

minggu ni minggu terakhir di global it services sendirian berhad dan berapa hari je lagi secara rasminya habis kontrak kat global it services sendirian berhad yang berlokasi di pandan jaya..selama tempoh bekerja kat global it..banyak kenangan suka dan duka..sedih pun ada jugak sebab lepas ni susah nak jumpa kawan² yang sama² bekerja di global it services - dayang nurdiana a.k.a kak dayang..salmiey shamia a.k.a baby..muryana suntika a.k.a kak ana..hehehhh..mula² kami berenam..dah tinggal berempat..dua lagi dah dapat kerja kat tempat lain sebelum habis kontrak..pening bila fikirkan tempat kerja baru..maklumlah pengalaman pertama bekerja tetap..dahlah tu selok belok dan jalan nak ke subang jaya pun masih tak tahu lagi..tak dapat nak bayang hari pertama kerja..pasti sesat dulu..kalau kerja kat global it services senang nak pergi kerja..naik kemudahan komuter dengan lrt je..turun stesen lrt pandan jaya dan jalan sikit dah sampai ofis..stesen lrt pandan jaya belakang ofis je, tu yang seronoknya kerja kat sini..kawan² pun best² kat sini..rasa boleh bayang macam mana kerja kat subang jaya..mesti penuh dengan cabaran dan tekanan..hehehhh..dahlah kebetulan nama tempat pun sama..pandan jaya..subang jaya..harap² aku dapat bekerja kat sana dengan jayanya..☺☺☺


♥...SPECIAL DAY...♥

YEAR 2011
World Religion Day (3rd Sunday in Jan) 16 Jan
Valentines Day
14 Feb
Women's Day
8 Mac
Doctor's Day
30 Mac
April Fool's Day
1 Apr
Earth Day
22 Apr
Secretaries Day
27 Apr
Mothers Day
8 May
Malaysian Air Force Day 01 Jun
Race Unity Day (2nd Sunday in Jun) 12 Jun
Fathers Day (3rd Sunday of Jun)
19 Jun
Friendship Day (1st Sunday of Aug)
07 Aug
Grandparent's Day
11 Sept
Malaysian Armed Forces Day 16 Sep
International Day of Peace 21 Sep
World Teachers Day 5 Oct
Bosses Day
17 Oct
United Nations Day 24 Oct
Mother-in Law's Day (4th Sunday of Oct)
23 Oct
Halloween
31 Oct
All Soul's Day
2 Nov
Universal Children's Day 20 Nov
Thanksgiving Day
22 Nov
UN Human Rights Day 10 Dec

♫..Waiting For The End..♫

WAITING FOR THE END


This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear.

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control....

Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

(Oh!) I know what it takes to move on,
(Oh!)I know how it feels to lie,
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last,
I wish it wasn't so...

(Oh!) I know what it takes to move on,
(Oh!)I know how it feels to lie,
All I wanna do  
Is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone?
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And i don't even know what kind of things I've said
My mouth kept moving and my mind went dead
So, picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending Is starting again!!
All I wanna do
Is trade this life for something new
Holding on to what i haven't got...

This is not the end
This is not the beginning,
Just a voice like a riot
Rocking every revision
But you listen to the tone
And the violent rhythm
Though the words sound steady
Something empty's within 'em
(Holding on to what i haven't got)

We say Yeah!
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something
That's invisible there,
'Cause we're living at the mercy of
The pain and the fear
Until we dead it, Forget it,
Let it all disappear
(Holding on to what i haven't got!)

☺...Practical Days : 1st Nov -21st Jan...☺

tiba² aku teringat waktu aku praktikal dulu..rindu pulak kat staff dan member² kat sana..walaupun tempat yang aku praktikal tak banyak tugas yang berkaitan dengan aku pelajari tapi aku 'enjoy' dan 'happy' praktikal kat sana..diorang sume sangat baik terutamanya 'field supervisor' aku - tuan haji yahya ahmad..dia dah macam bapa aku..selalu bagi nasihat dan berkongsi pengalaman dia dengan aku..pertama kali aku tengok dia, ada iras norman kru pulak..hehehhh!

mr.supervisor
biasanya, masa dalam tempoh praktikal hanya kita saja yang akan bekerja kat situ tapi dalam tempoh aku praktikal tu aku dapat ajak member aku untuk join sekali tapi untuk 'event' / 'function' yang tertentu sebab kebetulan diorang nak pakai orang untuk part time..kira bertuahlah aku dapat praktikal kat situ sebab dapat 'check in hotel' selain daripada ada teman..bukan saja² 'check in' tau..ni 'check in' untuk kerja..'company' yang aku jalani praktikal ni buat 'exam' iaitu penilaian tahap kecekapan (ptk) untuk juruteknik², arkitek² dan jurutera²  sektor awam yang nak naik pangkat..

ujian bertulis (sempat lagi berbual calon barisan depan)








   eiii..geram aku tengok calon yang berbual dan meniru masa 'exam'..walaupun telah di'sound' oleh salah seorang pengawas peperiksaan pun, diorang buat tak kisah dan ada yang melawan..terus dimaklumkan kepada pihak atasan iaitu orang jkr²..bagi amaran kali pertama tak dengar..tak apa lagi..bagi amaran untuk kali kedua..tak dengar juga..kali ketiga pun bagi lagi amaran..tak dengar jugak..terus bawa ke pihak atasan..padan muka!  aku ingatkan yang muda² je suka meniru rupanya yang tua pun sama..tak kurang hebatnya..2x5..5x2.. apa²pun terima kasih kepada 'supervisor' aku - tuan haji yahya ahmad sebab bagi aku peluang untuk praktikal kat situ..salah satu pengalaman dan kenangan yang tak mungkin aku lupakan..♥♥♥

aku, wan, k.a, akim dan kak ila


Sunday, 24 April 2011

Pencinta Kucing (meowww..meowww..!)

kiki
brune

tam
tom

teh & tom

← i love cats especially kittens!→
← my cats pictures →


'Hero' Kesayanganku...

aliff azim
• gambar budak kecik kat sebelah ni..adik aku.. ☺
• comel tak dia?..tengoklah kakak dia..hehehhh..adik aku tersangatlah nakal dan buas..anak lelaki katakan..selagi tak tutup mata (tidur), main je kerjanya tapi makan bukan main susahnya..mujurlah dia kuat minum susu..
• aku sayang kat adik aku ni..dia lah penyeri aku sekeluarga..kalau tak..sunyi keluarga aku..seronok layan karenah dia..ada masalah pun hilang sekejap masalah bila bersama dia..



 

Itu Aku / It's Me

6 bulan / 6 months

n a m e - ♥ farah aida binti juhary ♥ - n a m a
t a r i k h  l a h i r - ♥ 25 oktober 1985 ♥ - d.o.b
p.o.b - ♥ kedah darul aman ♥ - a s a l
a d i k-b e r a d i k - ♥ sulung daripada dua beradik / eldset from two ♥ - s i b l i n g s
h o b b i e s - ♥ membaca, mendengar muzik dan social networking ♥ - h o b i
m i n a t - ♥ melancong dan fotografi / travelling and photography ♥ - i n t e r e s t