Saturday, 7 May 2011

♥☺♥ Kasihmu Tiada Pengganti ♥☺♥


SELAMAT HARI IBU buat semua wanita yang bergelar ibu terutamanya buat ibuku yang ku panggil mama - Puan Faoziah Haji Idris..

kasih sayangmu tiada pengganti..hanya kau yang satu..tiada dua atau tiga..sayang mama hingga ke akhir nyawa..terima kasih kerana melahirkan..membesarkan dan mendidik diri ini..

MYDIN punya cerita...

mydin hq

hari ni aku nak bercerita tentang kisah ataupun hari semalam..dah 4 hari aku bekerja kat mydin mohamed holdings berhad bawah MyMYDIN HQ..oleh kerana aku masih baru lagi kat sana..jadi tak ada kerja yang boleh aku buat memandangkan dah ada orang dah siapkan semua kerja..orang tu member baru aku..adi budiman..dia sementara je kat situ sebab head of department aku - encik redzuan (en.wan) minta tolong dia..lepas ni dia balik ke tempat asal dia iaitu department audit..


hari pertama aku kena laporkan diri dah dapat berita yang hujung minggu terpaksa bekerja..siapkan PODS..korang tau tak tau apa tu PODS..mula² aku pun tak tau apa tu PODS..sekarang baru tau..'purchase order delivery slip'..sir ahimmat orang kuat mydin yang suruh datang bekerja hujung minggu..dia kata tak banyak sambil tunjuk sehelai kertas A4 dan cakap senang..dia kata siapkan hari sabtu..kalau tak siap..hari ahad kena datang dan sambung bagi siap..oklah kalau dah sehelai kertas je..aku rasa memang boleh siap kalau sehari dengan tenaga kerja yang ada..


jadi..pagi semalam pergilah kerja macam biasa..pukul 7 pagi dah bertolak dari bangi..pukul 8 pagi dah sampai subang jaya..aku terus pergi MyMYDIN warehouse sebab semua staf MyMYDIN HQ kena buat kerja kat sana..rupanya sehelai kertas yang sir ahimmat tunjuk tu bukan kerjanya..ada 7000 PODS yang nak kena siapkan..itu kerja 7 hari yang dah pending..setiap hari akan ada PODS yang akan sampai..target nak siapkan semalam 3000 tapi sampai 8 malam hanya 800 je yang berjaya disiapkan..memang 'sakit' betul lah..kalau aku tau MYDIN ni macam ni..tak rela aku kerja kat situ..ni semua gara² team inventori lari..mula² anak buah team tu je yang lari..lepas tu dalam masa 24 jam ketua team inventori pun lari..aku pun tak tau apa masalah yang sebenarnya..menyusahkan orang betul..bukan semua orang pandai buat  PODS..orang yang tak buat PODS tu terpaksa susun² dan 'staple'kan invoice, PO, DS dengan GRR..termasuklah aku yang tak pandai nak buat PODS..


walaupun encik farid pegawai kat situ dah janji nak belanja makan tengah hari hari ni..aku tak kisah..aku bengang betul pasal semalam..dahlah dapat 'group' macam apa lagi..bila orang nak tolong tak nak bagi kerja..lantak koranglah..aku pun tolong 'group' lain..letih betul kerja semalam..rasa nak tercabut pinggang aku..balik  tu rasa nak demam..sebelum balik rumah..aku singgah klinik amek ubat dan surat mc..sampai rumah aku tengok kat surat mc tu budak klinik tu salah tulis tarikh aku nak cuti..bengong! memang jap lagi aku minta surat mc yang baru lah..bodohlah staf kat sana..pekerja banyak tapi kerja lambat..kalau tak tau bukan nak tanya..main tulis..bikin panas betul..


hari ni tak tau lah diorang dapat siapkan kerja sampai pukul berapa..susah tu nak siapkan dalam sehari..apa pun selamat berusaha dan semoga berjaya kepada diorang..aku mc hari ni..eheee..kebetulan..mujur aku tak pitam semalam..aku pun tak tau berapa lama aku dapat  bertahan dengan mydin mohamed holdings berhad ni..dahlah aku tak dapat gaji lebih masa (OT) sebab aku staf eksekutif..haih..

Thursday, 5 May 2011

Chomei chomei chomei...☺☻☺

anak saudara aku

chomei tak? heh..
si kecil ni anak saudara aku seperti mana yang anda telah sedia maklum dengan 'caption' dibawah gambar..hehe..


anak saudara kesayangan!

nama si comel ni nur dini diyana binti rais..
anak saudara aku yang paling chomei..putih gebu dan macam barbie doll..
aliff selalu kena 'kenenkan' dengan dini..cute je..hahah!
kalau ada jodoh..tak ke mana kan? kalau jadi..pun bagus juga..


nakal! ...aliff dan dini so sweet ~


Tuesday, 3 May 2011

Kesukaan Aliff...

walaupun baru berusia 1 tahun 5 bulan..lagak aliff macam orang dewasa..☺ sume barang orang dewasa dia nak dan dia tahu kalau barang tu barang betul ataupun barang tipu..contohnya 'handphone'..dia tahu 'handphone' betul dan yang mainan..hehhh..mainan budak² pun dia tak layan..bijak²..baru² ni balik kampung mama (kedah) dapat rakam sedikit sebanyak aksi atau gelagat comel aliff..sayang dia sangat! muachsss..~


baru bangun daripada tidur..dah tengok tv..

suka aliff dapat 'lappy'

wahhh..bergayanya! ☺

nak sikit boleh?!

kanak² ribena